Tarikh tutup dilanjutkan sehingga 31 Mac 2015

Wireframe-to-Web Contest

Tarikh Tutup: 31 Mac 2015

dikendalikan oleh JOMWEB.my, ditaja oleh Macaw.co

Pertandingan ini adalah untuk membina UI menggunakan teknologi web bagi sebuah aplikasi POS (point-of-sales atau cashier). Hasil daripada UI ini kelak akan digunakan untuk membina aplikasi POS secara open source. Wireframe yang diberikan ini hanyalah untuk aplikasi klien. Segala urusan data dan pengurusan bakal menggunakan aplikasi yang berbeza, yang berada di luar skop pertandingan ini.

Aplikasi POS ini disasarkan untuk mereka yang menjual di pameran dan flea market. Ianya BUKAN untuk POS F&B (food and beverage, restoran, dsb). Contoh pengguna aplikasi ini kelak adalah seperti penjual baju di pameran ekspo ibu dan anak, atau mungkin penerbit buku di pameran buku, gerai jualan di Hari Kantin sekolah, dan lain-lain.

Kelak, aplikasi POS ini akan dipakej dengan Phonegap untuk tablet iPad dan Android, dan Node-webkit untuk komputer. Pengurusan data dibuat dengan aplikasi berbeza, mungkin web-based, dan klien POS ini boleh "sync" data mengikut keperluan. Oleh demikian, klien POS ini boleh digunakan di tapak atau premis tanpa internet. Peringatan sekali lagi, aplikasi pengurusan berada di luar skop pertandingan.

Ada dua wireframe yang diberi. Satu adalah wireframe menunjukkan keypad. Dan satu lagi adalah wireframe yang menunjukkan senarai produk. Kedua-duanya hendaklah dibangunkan sebagai satu UI.

Pertama sekali, biar kita semua ingat -- ini semua untuk suka-suka dan melihatkan kemahiran anak tempatan dalam teknologi web. Jadi, jangan serius sangat. Jangan gaduh-gaduh. Syarat-syarat ini dibuat dengan agak longgar dan sebagai panduan asas.

Kalau setuju, mari kita teruskan!

Peranti Sasaran

UI ini mensasarkan komputer & tablet iPad & Android, dengan kelebaran monitor minimum 1024 piksel. UI tidak perlu menyokong telefon pintar.

Penyertaan

Tidak semestinya ahli di JOMWEB. Pertandingan terbuka kepada semua tanpa sebarang had umur dan warganegara. Namun, hadiah berbentuk fizikal hanya boleh dihantar di alamat dalam Malaysia.

Peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.

Kreativiti

Pengubahsuaian kepada wireframe dibenarkan asalkan ia mempunyai fungsi-fungsi yang sama. Sebagai contoh, tab tidak perlu tab, dan imej produk tidak perlu 100x100. Ini semua terpulang kepada kreativiti pembangun. Dan juga dicadangkan peserta menggunakan kreativiti untuk menggunakan animasi di tempat-tempat yang sesuai untuk interaksi pengguna yang lebih berkesan.

Penghakiman

Penilaian dan penghakiman dibuat oleh Iszuddin Ismail dan panel penasihat pilihan Iszuddin Ismail sendiri. Segala keputusan adalah muktamad. Rasuah dan kroni tidak akan dilayan.

Hakmilik

Semua penyertaan diiktiraf sebagai hasil kerja peserta yang terlibat. Tetapi ianya menjadi hakmilik penuh penganjur dan projek open source POS ini kelak.

Senarai Penyertaan & Pameran

Senarai penyertaan dan hasilkerja akan disimpan rapi oleh penganjur dan akan didedahkan untuk tontonan umum selepas pemenang diumumkan.

Tarikh Tamat Penyertaan

Kami akan menghentikan penerimaan penyertaan pada 31 Mac 2015, 23:59:59 tengah malam, waktu Kuala Lumpur.

Peserta hendaklah menggunakan struktur fail berikut:

README.md -- perlu mengandungi maklumat peserta
index.html -- fail utama aplikasi - untuk kedua-dua keypad dan produk
/js -- untuk segala fail-fail Javascript
/img -- untuk segala gambar dan aset
/css -- untuk segala CSS

Peserta perlu menghantar penyertaan melalui email. Zip dan kepilkan (attach) fail-fail di atas, dan email dengan maklumat berikut:

Hantar kepada: dino[at]websegera[dot]my
Subjek: JOMWEB Wireframe-to-Web Contest
Kandungan Email:

Nama Penuh: <your full name>
Telefon: <your phone number>
Web: <your personal website>
Nama Penyertaan: <design name>
Facebook URL: <personal Facebook Timeline URL>
Klik sini untuk muat-turun

Ini merupakan satu contoh ringkas untuk penyertaan. Pastinya saudara-saudari boleh buat lebih baik.

Contoh Penyertaan
  • 1 Lesen Professional Web Design Tool Macaw.co, ditaja oleh Macaw.co, bernilai $179 USD
  • 1 T-Shirt JOMWEB bernilai RM30